Webinar


BELAJAR INSTAGRAM MAKEOVER


  1014 orang melihat ini             Bahasa : Bahasa Melayu             Kapasiti Kelas : 20 Orang

Tentang Kelas ini


Kelas Asas "Instagram Makeover" — Cara untuk mencantikkan reka bentuk grafik Instagram anda selaras dengan jenama anda

 

Gambaran Keseluruhan

 

Instagram adalah platform visual yang dapat membantu anda membentuk hubungan  dengan pelanggan anda secara organik dan lebih dekat.

 

Instagram adalah seolah-olah sebuah "micro website" percuma dimana pelanggan anda boleh mendapatkan hampir keseluruhan maklumat tentang jenama anda tanpa perlu "endless-scrolling" seperti Facebook dan Laman Web Biasa.

 

Persoalannya di sini, dengan melihat semakin ramai peniaga online menggunakan Instagram (termasuk saingan jenama anda), bagaimanakah caranya untuk anda membezakan dan menonjolkan akaun Instagram anda dengan lebih baik dari orang lain?

 

Jawapannya BUKAN kerana follower yang tinggi (terutama sekali bila banyak usahawan online sekarang sanggup membeli follower semata-mata untuk kelihatan "famous" dan boleh dipercayai tetapi sayangnya satu sales pun susah nak masuk, apa lagi engagement organik)

 

Ini mungkin sesuatu yang anda tidak tahu —

 

#Realiti 1: Follower anda / potensi pelanggan anda masuk ke Instagram / sosial media bukan untuk di sogok dengan barang jualan (hard selling). Mereka suka melihat benda yang cantik, "relatable" dan boleh memberi manfaat. Mereka juga ingin mengenali dan mempelajari tentang jenama anda dengan lebih dekat tanpa merasa dipaksa untuk membeli.

 

#Realiti 2: Kalau content anda adalah berkualiti, anda BOLEH menjana pendapatan dan menarik perhatian potensi pelanggan anda walaupun follower anda kurang dari 1000. Saya sendiri telah menjana pendapatan dan menjual lebih dari 100 Instagram Makeover eBook pada MCO pertama Mei lalu walaupun follower saya pada masa itu hanya lah 95 sahaja. 

 

#Realiti 3: Jika Instagram anda bercelaru dan tidak kemas, hanya sekadar menjual setiap hari, akaun anda akan senang untuk dilupakan, atau lebih teruk, tidak dipedulikan langsung.

 

Dalam kelas ini, Cikgu Fara akan berkongsi bagaimana anda boleh menjadikan Instagram anda dari kelihatan "meh" (tidak menarik) ke "Wow!", menarik perhatian pengunjung dan tidak mudah dilupakan.



Reminder : Sila muat turun aplikasi "Canva" dan "Preview" di dalam Smartphone anda. Sila buat akaun persendirian di dalam kedua-dua aplikasi tersebut dan terokainya sebelum kelas bermula




Tarikh Masa Lokasi Status Kekosongan
13 Dec 2020 11am - 2pm Active Ada
27 Dec 2020 11am - 2pm Active Ada
Pengajar
FARANINA ZAKI
Kaedah Mengajar
Webinar
Durasi Kelas
3 jam
Kapasiti Kelas
20 Orang
Bahasa
Bahasa Melayu

Pilih slot kelas dan masa

Tempah Sekarang !

Ruang revolusi pendidikan digital. Jangan ketinggalan. Daftar sekarang !