Workshop

WORKSHOP PENGURUSAN TEKANAN TERAPI MINDA & SENI KREATIF

6079 orang melihat ini

Bahasa : Bahasa Melayu

Kapasiti Kelas : 50 Orang

Tentang Kelas ini

Pakar Kesihatan percaya setiap individu perlu mengetahui cara pernafasan yang betul dan mempelajari seni kreatif supaya dapat meningkatkan tahap tenaga secara dramatik, meningkatkan peredaran darah, mengeksperikan perasaan, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan.

 

Kuasai Emosi Diri Dengan Teknik Breathology

oleh Feexa Nicoll Pakar Yoga & Penyembuhan

Bengkel ini menggunakan Teknik YO minda atau Yoga serta gabungan Teknik NLP, pergerakan pernafasan dan Teknik Gerakan mudah Yoga. Program ini sangat membantu peserta membuang pemikiran negatif yang menggaanggu prestasi kerja dan kehidupan harian. Teknik- Teknik ini telah dibuktikan dalam bidang Sains dan keberkesanannya melalui pelajar yang telah berjaya mengamalkan sendiri selepas tamat bengkel.

Topik yang bakal dipelajari :

  • Pengenalan
  • Teknik menangani stress.
  • Kaedah meditasi artistic
  • Ekspresif Seni
  • Kaedah membangunkan tahap produktiviti

 

Ekspresi Diri Melalui Penghasilan Komik Mudah

oleh Fairul Hafiz Pelukis Komik

Bengkel ini mendedahkan peserta kepada salah satu cara yang efektif dalam mengekspresikan diri, tanggapan idea, maklumat ke dalam bentuk lukisan dan karya komik pendek. Ramai individu telah  cuba meneroka dunia seni sebagai strategi penyembuhan dalaman, hiburan dan lama kelamaan dapat menerapkan kaedah terapi seni ini di dalam kehidupan harian sehingga menjurus kepada penghasilan karya seni yang amat mengagumkan.

Topik yang bakal dipelajari :

  • Pengenalan & Peralatan Melakar
  • Kaedah meditasi artistic & Ekspresif Seni

Kaedah membangunkan tahap produktiviti kerja harian:

  • Memori Booster, Focused Art & Part by Part
  • Lakaran asas bentuk muka
  • Lakaran asas ekspresi muka & perspektif
  • Asas penceritaan dan lakaran thumbnail
  • Merialisasikan lakaran thumbnail ke lakaran komik

 

Katakan TIDAK kepada Tekanan dan YA kepada ketenangan

oleh Shirley Marthu Bala Fasilitator Penyembuhan

Bengkel ini menerangkan apa itu tekanan, penyebabnya dan cara yang boleh mempengaruhi prestasi seseorang individu itu. Peserta boleh mempelajari kaedah untuk membantu diri, orang sekelililang serta kaedah sokongan.

Topik yang bakal dipelajari:

  • Pengenalan & Jenis Tekanan
  • Rangsangan tekanan dan kesan jangka panjang
  • Pengurusan tekanan melalui “Self-Inner Shadow Work/Pemerhatian diri

7 minit Medeitasi dalaman:

  • Bagi membalikan diri atau melepaskan diri dari tekanan
  • Melepaskan diri dari kerisauan melampau
  • Memperlihatkan kemungkinan penyelesaian
  • Penyataan tegas (Affirmation) beserta tindakan untuk kesan jangka panjang
Pengajar
Feexa Nicoll, Fairul Hafiz, Shirley Marthu Bala
Kaedah Mengajar
WORKSHOP
Durasi Kelas
9 Jam
Kapasiti Kelas
50 Orang
Bahasa
Bahasa Melayu
Webinar

RM775.00/pax


Untuk Maklumat Lanjut:

Ruang revolusi pendidikan digital. Jangan ketinggalan. Daftar sekarang !