Workshop
HANTARAN WORKSHOP FOR BUSINESS
Tentang Kelas ini
Hantaran Workshop for Business by Deanna Creations
Kursus Bisnes Hantaran merupakan satu kursus perniagaan yang
boleh membantu seseorang individu menyediakan produk hantaran bagi tujuan
pemasaran dan mempelajari teknik pemasaran hantaran yang berkesan di era ini.
Cikgu Deanna bakal mengajar cara-cara membuat hantaran yang mudah, cantik dan
boleh menjana pendapatan sampingan.
Kursus ini sesuai bagi individu yang mempunyai hobi dalam
gubahan bunga, individu yang berminat dalam penggubahan hantaran, mempunyai
bakat dalam seni gubahan, individu yang ingin menambah pendapatan sampingan,
serta individu yang masih mencari produk niaga dalam membina perniagaan sendiri,
Kelas Pemasaran Hantaran
merangkumi:
Cikgu Deanna akan berkongsi cara mendapatkan semua pembekal
hantaran, dulang hantaran, aksesori, alat dan informasi yang berkaitan dengan
perniagaan hantaran.
- Cara mendapatkan bunga segar dalam harga borong (untuk
Kawasan Kuala Lumpur dan di luar Kuala Lumpur).
- Cara membuat susunan bunga yang menarik
- Cara menjaga bunga segar yang betul agar tahan lama
- Cara meletakkan harga bersesuaian untuk produk
- Cara mendapatkan jualan melalui media sosial
- Cara memantau setiap hasil jualan produk
Cikgu Deanna akan melakukan analisis pemasaran selama seminggu untuk anda yang berminat! Pelajar akan mendapat nasihat secara peribadi selepas kursus ini dijalankan iaitu mengenai cara meningkatkan penjualan, alat dan aplikasi penting untuk mendapatkan lebih banyak penjualan, langkah-langkah mendapatkan penjualan secara berterusan kerana Cikgu Deanna sangat berpengalaman dalam perniagaan hantaran iaitu “Deanna Creations” dan mengembangkan perniagaannya ke Floralclassbydeanna.
Next Date Available : 27th September 2020 (Sunday)
Time : 4 hours class on (11am- 3pm)
Location : Colony Eco City KL
Layari link untuk maklumat lanjut :
http://deannacreations.com/hantaran-workshop-for-business/
